Resepi Ayam Masak Merah Chef Wan

ayam masak merah.jpg
Semasa cek email, nampak pula resepi ayam. Apa lagi, boleh lah cuba sendiri masak di rumah. Ada pelbagai macam versi memasak ayam merah, mula dari blog Blog Wori atau yang saya kongsi ini resepi ayam masak merah chef Wan.

Bahan-Bahan
6 sudu besar minyak
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji pelaga
125 ml air
1 kg ayam dibelah 12
125 g kismis hitam
250 ml sos tomato
3 sudu besar madu
1 batang serai dititik
1 cm lengkuas
2 sudu kecil bijan digoreng tanpa minyak
1 tangkai daun pudina
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
15 tangkai cili kering

Cara buat:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

Selamat mencuba resepi yang telah saya kongsi. Jika nak cuba yang lain, boleh kunjungi blog resepi ayam masak merah. Semoga berjaya.
05/02/2017 20:29:16
klatrasulatir
Name
Email
Comment
Or visit this link or this one